Video BelajarPaypal.com diterbitkan…rebutlah sekarang..
Salam…
ahhh..Keroncongnya perut…Maklumlah..Tadi baru aje hari pertama berpuasa :)…Saya terus online sampailah sekarang pergi melawat blog-blog orang kenamaan dan yang selalu singgah di sini.Setiap saat di blog mereka saya hayati mana tahu dapat idea satu masa nanti
Saya tahu pasti anda ada menerima email daripada saya semalam dan juga hari ini.Saya agak sibuk kebelakangan ini dan sukar untuk mengutus email kepada anda semua berikutan kekangan masa yang agak mencemburui saya.
Bagi yang belum lagi menjadi subcriber newsletter muhdfirdaus.com boleh la isikan form di sidebar sebelah kanan tu :).
Manakan tidak tinggal dua bulan lagi saya akan menduduki Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia tapi saya tetap fokus.Cuma saya kurangkan lagi aktiviti online ini.Hari ini saya tidak akan bercerita panjang kerana saya mahukan anda mendapat point sebenar.Maklumlah,sekarang ini ramai tidak mahu online lama-lama sudah bagi mengelakkan kadar kenaikkan harga minyak dan juga elektrik
Saya rasa pasti semua sedia ada memahami dan mengetahui apa itu paypal bukan?Paling tidak pun anda tahu paypal merupakan medium pembayaran mudah secara online..Alaa…macam online banking gitu cuma ianya dalam matawang USD ataupun lain-lain termasuklah Ringgit Malaysia
Paypal merupakan medium pembayaran selamat,reliable dan dipercayai oleh para Internet Marketer luar negara dan juga bakal pembeli produk anda.Ini kerana ianya mempunyai securiti yang sukar dihack atau di hijack oleh hackerss sekalian.
Baiklah bro adnin baru-baru mengeluarkan produk berunsur video tentang pembelajaran Paypal.Rasanya ‘niche;’ yang baru.Namun video ini amat berguna untuk para newbies( termasuklah aku sendiri …)
Apa pula kaitan paypal dengan perniagaan Internet??
Ianya umpama gol dan gincu atau tayar dengan tube
mahupun umpama suami dan isteri..
Ya..Saling melengkapi..Ketahuilah paypal juga menerima pembayaran melalui kredit kad oleh bakal pembeli produk anda.Ya…Anda juga boleh memiliki sistem ini dengan percuma.Jika anda inginkan sistem e-commerce ini di mana ianya memerlukan anda mengeluarkan modal beribu-ribu ringgit semata ingin memiliki sistem ini namun UNTUNG RUGI jualan belum diketahui lagi.Fikir-fikirkanlah…
Jadi apa kata anda terus mendapatkan video pengenalan saudara Adnin ini secara percuma??
Ya percuma untuk video pengenalan sahaja.
Pengenalan pun tetap best jugak.Video lengkap berharga RM 25 sahaja.Oppss tunggu..Bukan itu sahaja.Jika korang beli daripada link saya anda akan memperoleh bonus daripada adnin.
Bukan adnin aje yang bagi bonus..Saya juga akan memberi bonus jika anda membeli daripada link saya.
Saya akan berikan anda bonus berupa E-book Panduan Mudah Order Form dan juga tekniksimple
yang kedua-duanya bernilai RM 35.Ya ebook Panduan Mudah Order FOrm akan dinaikkan harga dari RM 15 kepada RM 25.
Download video pengenalan percuma di sini..KLIK SINI http://belajarpaypal.blogspot.com
Saya juga memberi themes WP PLR yang bernilai RM 7(Bernilai RM 10 harga pasaran..)
P:S E-book Panduan Mudah Order FOrm diberikan kepada 13 orang pertama sahaja.Cepat sebelum ketinggalan…Awasi jejak anda!!
Panduan BLOG terHEBAT!!!

Selamat Berpuasa semua…
Fast update aje…
Selamat Berpuasa kepada semua…
Pukul 12.00am 1.9.2008 saya akan kuar satu post best punya ![]()
Panduan BLOG terHEBAT!!!

Mastereload.com atau mastereload.biz ada masalah ke?
Pagi ini saya ronda-ronda la kat sesiapa aje yang ada blog.Manalah tau dapat info yang menarik dan boleh dijadikan tauladan.Satu lagi perniagaan Internet base on mobile-commerce(m-m) yang mengalami keretakan.Jangan silap sangka yea..Mobile commerce juga merupakan perniagaan Internet yang mempunyai niche yang berlainan dengan Internet Marketer yang menjual produk digital
Baiklah… Untuk makluman,Saya dah ‘delete’ page mastereload..Cuba-cuba la tengok kat link kat atas dulu..Mana ade lagi mastereload navbar.. atau kalian lebih senang Saya katakan mastereload.biz dan juga mastereload.com Ramai pihak dah tahu agen group mastereload.biz ini dah tak lagi bersama dengan mastereload.com.Akaun admin mastereload.biz disekat oleh mastereload.com milik Summit Priority.
Daripada penyataan pihak mastereload.biz di laman sesawang mereka adalah seperti berikut:
1) Kami tidak lagi menjadi mobile center mastereload untuk topup modal RP agen.
2) Kami tidak lagi menyediakan web replika untuk agen dibawah mastereload.biz.
3) Kami tidak lagi membuat pendaftaran Agen baru secara online.
Walaupun seperti semua orang tahu mastereload ni baru mencecah beberapa tahun saja usianya bolehlah digelar ‘kanak-kanak’ lagi namun oleh kerana plan pemasaran dan juga produknya yang terdiri daripada celcom,digi dan maxis.
Digi merupakan produk prepaid yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pembeli dan customer saya.Apa yang membezakan mastereload dengan my**** ianya mempunyai kelebihan menjual produk digi.Saya berganjak kepada mastereload dulu pun kerana mempunyai nilai pasaran produk prepaid digi yang tinggi dan mendapat sambutan.
Baca lebih lanjut lagi.. »
Panduan BLOG terHEBAT!!!

Bertuahnya kita jika…
Salam..Salam merdeka..salam ukhuwah(maaf kalau salah eja..)
Salam setitis air mata,seulas senyuman…
Kemerdekaan ini bertuah jika ianya mampu lagi berterusan sampai bila-bila sekali pun..
Bertuahnya kita jika esok masih lagi aman…
bertuahnya kita jika anak-anak muda gagah perkasa di mata dunia
bukannya gagah **’perkosa‘ anak-anak gadis…Sungguh mengkecewakan…
Bertuahnya kita jika hari ini lebih baik dari esok…
Bertuahnya kita jika esok masih ada harapan untuk bertaubat??
Bertuahnya kita jika masih ada peluang mencari rezeki di internet??
Bertuahnya kita jika Malaysia ini punyai salji??
Tidak mungkin ianya terjadi…tanpa bantuan Allah S.W.T
Bertuahnya kita jika selama ini hanya berhubung melalui blog namun satu ketika kita dapat berjumpa??
Bertuahnya kita jika kita disatukan satu akidah yang sama??Islam agamaku…
Bertuahnya kita jika esok Merdeka ini tanpa berita yang buruk terpampang di dada akhbar??
bertuahnya kita jika esok kita mampu melawan nafsu syaitan??
Bertuahnya kita jika esok kita mampu berpuasa dengan selengkapnya seperti 30 hari??
Bertuahnya kita jika anda masih sempat membeli ebook tipadsense hanya rm15 untuk hari terakhir esok??
Siapa lagi yang kurang berasa bertuah kini??
Kita semua mempunyai tuah ‘luck’ yang kita tidak tahu kemudian hari..
Bertuahnya blog ini mempunyai tuan yang tahu menggunakan repetitisi sebagai ulasannya..
Nukilannya kita masih belum bertuah selagi kita masih belum dapat menjaga amalan kita..
P:S Segala salah dan silap maafkan saya..
Sesiapa yang terasa..harap kurangkan rasa tu yerkk..
Panduan BLOG terHEBAT!!!

Kemerdekaan…disebaliknya??
Artikel kali ini mungkin ringkas sahaja dan tidak ada kaitan sama sekali dengan perniagaan Internet atau apa jua program cari duit main duit mahupun apa sahaja bnerkaitan dengan duit..
Mungkin ada antara pekerja kerajaan atau goment(orang kampun kate…) agak sedikit lapang dan gembira dengan menerima imbuhan bonus minima RM 1000.Dengan pemberian bonus ini sedikit sebanyak akan mengurangkan sedikit beban golongan sederhana dan juga golongan miskin untuk mereka menampung kehidupan yang agak membebankan dengan kenaikan harga minyak dan turun semula dengan harga RM 2.55 seliter.
Alamak..Sudah 51 tahun negaraku Malaysia menyambut kemerdekaan ini yang penuh liku sehingga kini dipimpin oleh Perdana Menteri yang kelima,Pak Lah…
Di sebalik kemerdekaan,apakah kita masih lagi merdeka??
Merdekakah kita hanya dari segi luaran??Sedangkan minda masih lagi dijajah..
Penjajahan Klonilisme era baru???
Banggakah kalian dengan “kemerdekaan” anak-anak remaja kita??
Merdekanya dengan dadah durjana,arak perkosa,kelakuan anak mudi kita berpasangan bercumbu-cumbuan di tepi jalanan kasih kononnya hingga ke mati waima kasihnya cuma sebentar??
Ironinya,ada yang sudah kembang perutnya si gadis akibat perbuatan bapa yang belum mengenali hidup baru belasan tahun umurnya??
Apakah ini yang anda minta untuk generasi akan datang??
Sebalik kemerdekaan ini,berapa ramai yang masih mengingati tokoh-tokoh kemerdekaan??
Tunku Abdul Rahman??
Tun Abdul Razak??
Tun Hussein Onn??
Tun Dr. Mahathir??
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
Leftenan Adnan??
dan ramai lagi perjuang kemerdekaan??
Masihkah anda ingat??
Malukah anda nanti jika generasi akan datang bertanyakan kepada anda siapakah perjuang kemerdekaan negara Malaysia??
Jika ada yang terasa dengan entry ini ribuan kemaafan yang saya pinta..Bukan menghina bangsa sendiri tetapi ini kenyataan bukan??
Panduan BLOG terHEBAT!!!

Tension-Belajar atau Berniaga??
Haha…
Janganlah anda terpedaya dengan title entry di atas yang sekian kalinya akan mengelirukan anda dan kroni-kroni anda.Saya bukannya meminta anda untuk mengundi pilihan raya bagi pihak saya akan bertanding antara Dato Arif Shah mahupun Dr. Seri Anwar Ibrahim supaya saya boleh memenangi kerusi Permatang Pauh.Bukan itu,tetapi sebaliknya saya ingin meminta pendapat anda antara belajar dengan berniaga/buat duit online bukannya pelaburan Internet tetapi Perniagaan Internet.
Sebenarnya saya sudah mengalami dalam ‘zon kejutan‘ dan juga ‘zon tekanan atmosphere yang amat tinggi‘ kerana hanya tinggal beberapa bulan lagi detik menuju ke arah Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal saya hadapi nanti.
Rasanya sudah tinggal sisa-sisa tenaga batin yang sedikit sahaja yang mampu untuk dilakukan. Walaupun persediaan bolehlah saya katakan amat tidak berpatutan dengan apa yang akan saya hadapi ini agak susah untuk saya terima namun saya tidak boleh berkata apa lagi.Cuma perlu menjalani detik demi detik menghitung hari lagi yang kira-kira tinggal sebulan setengah lagi.
Panduan BLOG terHEBAT!!!








![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=c2f30505-be87-482b-8f9b-4db757809bdb)